Wednesday, May 28, 2014

"Kami mempunyai visi bahawa BIG akan menjadi saluran pengurusan hubungan pelanggan syarikat pada masa akan datang" - Azran Osman Rani, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd

AirAsia Bhd mengukuhkan lagi program kesetiaan pelanggan globalnya iaitu BIG AirAsia (BIG) menerusi strategi penjenamaan baharunya yang menumpukan kepada kategori 'sahabat dan keluarga yang melawat' atau VFR.

Kategori itu adalah segmen terbesar bagi syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan.

Pendekatan itu dilihat akan meningkatkan lagi portfolio unik AirAsia kepada sebuah jenama yang menjalinkan hubungan emosi dengan ahli mereka melalui penerbangan.

"Tidak kiralah ibi bapa anda yang berada di kampung atau sepupu anda yang berada di negeri lain, mahu pun rakan lama yang jauh di negara seberang, BIG serba baharu membawa anda lebih dekat dengan orang yang tersayang.

Tawaran peluang mengembara
"Slogan terbaharu kami, iaitu 'Dapatkan Mata Ganjaran BIG dan terbanglah secara percuma' jelas menggambarkan semangat dan kesungguhan kami yang membara untuk memberi inspirasi kepada impian baru serta menawarkan peluang untuk menggembara kepada ahli BIG kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan BIG AirAsia, Alice Goh dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu AirAsia dan BIG akan menggabungkan ahli mereka, dan menjadikan jumlah ahli BIG berjumlah 10 juta.

Ahli AirAsia sedia ada dinaik taraf secara automatik kepada 'BIG Shots' (Ahli BIG), membolehkan mereka menikmati lebih banyak faedah dan keistimewaan, termasuklah mengumpul dan menebus mata ganjaran BIG di penerbangan AirAsia dan BIG Partners di rantau ini.

BIG Shots juga mendapat akses keutamaan untuk jualan terbesar AirAsia, yang mana ahli BIG akan diutamakan untuk mendapat tawaran terbaik sebelum pengguna lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd, Azran Osman Rani, berkata penggabungan itu adalah langkah pertama untuk kejayaan yang lebih dibanggakan yang mana setiap ahli boleh melakukan transaksi untuk produk dan perkhidmatan menggunakan mata ganjaran BIG.

Faedah BIG
Ia memberikan faedah BIG lebih daripada sekadar penerbangan, malah turut menyertakan perkhidmatan daripada AirAsia, AirAsia X, Tune Hotel dan Tune Talk, katanya.

"Kami mempunyai visi bahawa BIG akan menjadi saluran pengurusan hubungan pelanggan syarikat pada masa akan datang, di mana kami boleh menyelidik dan memahami kekerapan penerbangan dan melaksanakan program ganjaran yang relevan.

"Tidak kiralah jika anda ingin terbang, berpindah atau membeli-belah dengan pasangan anda, anda tetap akan mendapat faedah daripada Program Kesetiaan BIG kami, katanya.

Sumber : Berita Harian (28/05/2014)
Oleh : Mahanum Abdul Aziz


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 
 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA