Saturday, November 29, 2014


Kuala Lumpur - "Saya tak tahu lagi apa yang dia nak supaya perkahwinan kami dapat diselamatkan," kata ahli perniagaan bertaraf jutawan yang membelanjakan lebih RM30 juta untuk isterinya, namun wanita itu masih mengabaikan tanggungjawab, malah turut curang.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ahmed, 43, berkata, biarpun isterinya yang dinikahi 14 tahun lalu itu kerap menimbulkan masalah sejak awal perkahwinan lagi dia masih cuba mengekalkan rumah tangga mereka kerana mahu mentaati pesan ibunya.

"Ibu saya berpesan, kalau berkahwin biarlah sekali. Biar apapun berlaku, elakkan bercerai. Itulah yang cuba saya lakukan sekarang," katanya yang ditemui di pejabat peguam di sini, kelmarin.

Dia yang berasal dari Bangladesh tetapi sudah lebih hampir 30 tahun tinggal di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap (PR) ditemui ketika mendapatkan khidmat nasihat undang-undang untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Mengimbas kisah hidupnya, Ahmed berkata, dia berkenalan dengan isterinya yang kini berusia 40-an ketika wanita itu datang meminta kerja di pejabatnya 14 tahun lalu.

"Waktu itu, hidupnya susah dan dia juga mengaku hidupnya agar liar kerana sering bersosial serta pernah bekerja di pusat hiburan. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dan ada tiga anak.

"Selepas diambil bekerja, dia mula bercakap soal rumah tangga dan meminta saya mengambilnya sebagai isteri dan saya bersetuju menerimanya dengan syarat dia mesti mentaati saya sebagai suami dan meninggalkan segala kisah silamnya," katanya.

Ahmed berkata, beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga, isterinya mula meminta dibelikan kereta serta rumah dan dia memenuhi permintaan itu dengan membeli sebuah kediaman di pinggiran ibu negara selain kereta bernilai RM300,000.

Malah, Ahmad turut menyediakan peruntukan khas bagi membeli petrol untuk isterinya dan sejak itu, isterinya mula panjang langkah dan sering mengambil kesempatan bersama lelaki lain menggunakan kemudahan yang ada.

"Perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak berusia sembilan dan 11 tahun, namun dia langsung tidak pernah mengambil tahu hal mereka.

"Yang dia tahu setiap minggu dai keluarkan wang syarikat dan pergi keluar negara bersama lelaki lain. Sudah beberapa kali saya terserempak dengan dia, malah dia menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi popular era 80-an," katanya.

Ahmed berkata, hubungan terlarang isterinya dengan lelaki lain diketahuinya apabila mereka bertemu di balai polis ketika membuat laporan dan wanita itu turut mengaku ada hubungan sulit dan saling menyintai antara satu sama lain.

Menurutnya, kerana hanyut dengan kemewahan yang ada isterinya turut mengabaikan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya yang kini berusia 15 hingga 22 tahun.

"Biarpun saya sudah berikan kemewahan, dia seperti belum puas kerana sanggup menipu dan menggelapkan wang syarikat menguruskan pekerja asing milik saya lebih RM500,000 menyebabkan saya menanggung kerugian," katanya.

Ahmed yang menjalankan perniagaan jual beli hartanah, menguruskan kemasukan pekerja asing, kedai runcit dan kontraktor pembinaan berkata, kini sudah hampir dua minggu isterinya meninggalkannya dan tinggal bersama teman lelakinya.

"Saya benar-benar buntu dan bingung memikirkan masa depan rumah tangga kami. Kalau boleh saya tidak mahu berpisah. Bab harta, tidak menjadi soal kerana rumah, kereta, kedai dan tanah yang saya letakkan namanya sebagai pemilik pun disebabkan rasa sayang.

"saya cuma mahu dia insaf dengan segala perbuatannya kerana dia bukannya muda lagi. Saya berdoa supaya kesudahan yang baik menanti keluarga saya selepas ini. Saya akan berbincang dengan peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat," katanya.

Sumber : Harian Metro (29/11/2014)
Oleh : Suraya Roslan & Yusmizal Dolah Aling


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Wednesday, November 26, 2014


Kuala Ketil - Seorang pemuda hanya mampu menangis dan meraung apabila melihat mayat ibu bapa saudara yang memeliharanya sejak kecil terbujur kaku berlumuran darah di rumah mereka di Taman Desa Bidara, dekat sini, semalam.

Jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Lan, 30-an, berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dia terkejut apabila mendengar jeritan anak saudara pasangan terbabit yang berusia 20-an.

"Saya terkejut mendengar jeritan sayunya seperrti meminta tolong. Saya bersama beberapa orang jiran lain terus ke rumahnya dan terkejut melihat pasangan suami isteri itu telentang dan berlumuran darah di ruang tamu dan di ruang makan," katanya.

Mangsa, Zahari Yahya, 66 dan Salmah Hussin, 61, dipercayai dibunuh kerana ada kesan tetakan senjata tajam di belakang tengkuk masing-masing, namun motif kejadian masih tanda tanya kerana tiada barangan berharga yang dicuri daripada mereka.

Difahamkan, Zahafi pernah berkhidmat di Jabatan Kesihatan Kuala Muda, manakala isterinya, Salmah sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani sebelum bertukar ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil.

Lan berkata, anak saudara mangsa bekerja kilang tidak jauh dari rumahnya dan sudah menjadi kebiasaan pulang setiap hari untuk makan tengah hari di rumah.

"Saya diberitahu, hari ini (semalam) dia pulang seperti biasa untuk makan, tetapi sebaik tiba dia hairan melihat pintu pagar dan pintu rumahnya tidak ditutup rapat, lalu dia terus masuk dan mendapati keadaan rumah gelap.

"Sebaik membuka lampu dia terkejut melihat mayat ayah saudaranya di ruang tamu manakala ibu saudaranya di ruang makan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, penduduk kemudian menghubungi  Balai Polis Kuala Ketil bagi memaklumkan kejadian itu.

Lan berkata, pasangan warga emas itu tidak mempunyai anak tapi memelihara pasangan anak saudara, namun hanya yang lelaki masih tinggal bersama mereka manakala yang perempuan sudah berkahwin dan tinggal di Padang Serai.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki ditemui dalam keadaan telentang di ruang tamu manakala isterinya di ruang makan dengan kesan berlumuran darah.

"Siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat beberapa tetakan senjata tajam di belakang tengkuk kedua-dua mangsa, namun senjata yang digunakan bagi membunuh kedua-dua mangsa tidak ditemui," katanya.

Nashir berkata, setakat ini, polis mendapati tiada kesan samun kerana keadaan rumah mangsa tidak digeledah, malah dompet serta bahan kemas berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif pembunuhan itu dan anak saudara mangsa kini ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Harian Metro (26/11/2014)
Oleh : Omar Osman


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Lima daripada 10 atau 50 peratus warga Malaysia sudah atau merancang bersara sebelum berusia 59 tahun, peratusan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Kaji selidik global berkaitan penuaan oleh Nielsen Holding NV, penyedia maklumat pasaran dan penilaian kepenggunaan, mendapati di ASEAN, 49 peratus warga Indonesia mahu bersara awal, Vietnam (44 peratus), Thailand (33 peratus) dan Singapura (29 peratus).

Kaji selidik itu membabitkan lebih 30,000 responden menerusi internet di 60 negara, menunjukkan 73 peratus responden Malaysia ingin meluangkan masa bersama keluarga, di samping mengekalkan keadaan fizikal mantap dan mental yang sihat selepas persaraan.

Pengarah Perkhidmatan Kewangan Nielsen - Singapura dan Malaysia, Luca Griseri, berkata berikutan sebahagian besar warga Malaysia merancang bersara awal, mereka bakal menjalani jangka masa lebih panjang dalam tempoh persaraan.

"Justeru adalah penting untuk mereka mempunyai dana atau wang yang mencukupi bagi persaraan mereka," katanya dalam satu kenyataan mengumumkan hasil penemuan kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Manfaat kepada masyarakat
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, dengan mengambil kira keinginan pesara untuk menyumbang kepada kerja amal dan sosial, masyarakat akan mendapat manfaat kemahiran serta kepakaran daripada golongan pesara secara tidak langsung.

Bidang perniagaan pula akan mendapat sumber pendapatan baharu dengan membantu memenuhi keperluan pesara, terutama mengekalkan fizikal mantap dan mental yang sihat.

Sebanyak 69 peratus pengguna Malaysia yakin untuk bergantung kepada simpanan peribadi dan pelaburan sebagai sumber kewangan utama selepas persaraan, manakala di Singapura (78 peratus), Indonesia (76 peratus), Thailand (73 peratus), Filipina dan Vietnam (69 peratus).

Sumber : Berita Harian (26/02/2014)


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Monday, November 24, 2014


Kuala Lumpur - Di rumah dia suami dan ayah yang sempurna, namun di luar rumah dia sebenarnya lelaki jijik apabila sanggup menggadai maruah dengan menjadi lelaki simpanan untuk memuaskan nafsu wanita kaya yang kesunyian.

Itu kehidupan penuh pura-pura seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Iskandar, 28, dengan alasan untuk menambahkan pendapatan bagi menampung keluarga kerana gajinya sebagai kerani tidak mencukupi.

Bagaimanapun, kemewahan yang dikecapinya hanya smeentara apabila perbuatan itu dihidu isteri sendiri yang membuat intipan selepas curiga dengan tindak-tanduknya yang berbeza.

Menceritakan kisah hitamnya, Iskandar berkata, dia sendiri tidak pernah menduga dirinya kan terjebak dengan perbuatan hina itu, namun mengaku hilang kewarasan selepas gelap mata dengan kemewahan yang diperolehi dengan mudah.

Katanya, dia berkahwin dua tahun lalu atas dasar cinta dan bersyukur isteri mahu dikenali sebagai Anis menerimanya walaupun hanya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di sini.

Pada mulanya perkahwinan mereka bahagia tetapi sejak isterinya melahirkan anak kehidupan mereka mula berubah dan dihimpit masalah kewangan.

"Saya ketika itu buntu untuk menambah pendapatan kerana isteri saya tidak bekerja, sedangkan kos sara hidup kami bertambah kerana perlu membesarkan anak lelaki yang masih kecil.

"Wang gaji yang tidak seberapa sering tidak mencukupi hingga kadangkala terpaksa meminjam kepada rakan-rakan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang, dekat sini.

Iskandar berkata, dia tidak membenarkan isteri bekerja walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk bekerja bagi menambahkan pendapatan supaya anak mendapat penjagaan sempurna.

Titik hitam dalam kehidupan lelaki itu bermula ketika dia berjumpa dengan rakan lama untuk meminjam wang kira-kira enam bulan lalu.

"Saya ketika itu agak hairan bagaimana dia muncul dengan gaya macam orang kaya apabila memakai pakaian berjenama dan kereta mewah sedangkan saya tahu dia tidak berpelajaran tinggi.

"Dia kemudian membuka cerita dirinya dibela seorang Datin dan ditawarkan wang banyak dengansyarat hanya perlu melayan kehendak nafsu wanita itu. Dia kemudian mengajak saya bersama-sama melakukan 'pekerjaan' itu jika inginkan wang yang banyak," katanya.

Iskandar pada mulanya menolak kerana tidak mahu bergelumang dengan dosa tambahan dengan memikirkan isteri dan anaknya, namun rakanya bersungguh-sungguh memujuk kerana hanya cara itu dapat menyelesaikan kemelut kewangan dihadapinya.

"Dia juga memberitahu ada seorang ahli perniagaan wanita berusia 40-an yang baru kematian suami dan sedang mencari 'anak ikan' atau teman untuk memuaskan nafsunya.

"Akibat terdesak, saya akhirnya bersetuju untuk mencuba dan sejak itulah saya terjebak dalam perbuatan terkutuk itu. Kali pertama bertemu dan melayan kehendak wanita bergelar Datuk itu saya diberi RM5,000," katanya.

Menurutnya, bayaran lumayan itu membuatkan dia rambang mata dan tamak, lalu sering mengulangi perbuatan terkutuk dengan Datuk yang membelanya.

Apabila isterinya bertanya daripada mana mendapat wang, dia terpaksa berbohong kononnya menjadi rakan kongsi kenalannya dan mereka baru membuka perniagaan.

"Pada mulanya isteri saya tidak mengesyaki  apa-apa, namun dia mula sangsi kerana saya sering keluar malam kononya ingin berjumpa dengan pelanggan atas urusan [erniagaan.

"Akhirnya tembelang saya terbongkar, selepas dia mengekori tanpa pengetahuan dan berjaya menemui saya di dalam bilik hotel bersama 'sugar mummy' saya, menyebabkan dia kecewa dan meminta cerai,' katanya.

Selepas kejadian itu, kata Iskandar, Datuk yang menjadi 'sugar mummy' turut kecewa apabila tahu dia sudah berkahwin, lantas meninggalkannya.

"Saya kini sedar kesilapan saya kerana tamak dan ingin kemewahan sanggup menduakan isteri menyebabkan rumah tangga kami musnah," katanya.

Sumber : Harian Metro (24/11/2014)
Oleh : Muhaamad Hafis Nawawi


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Kuala Lumpur - Satu klik pada pautan yang diterima menerusi e-mel boleh menyebabkan sesorang menjadi mangsa sindiket penipuan siber yang mencuri data peribadi.

Kaedah itu menjadi taktik terbaharu penjenayah siber bagi menggodam e-mel tanpa disedari mangsa.

Antara cara yang dikesan ialah penghantaran e-mel tertera arahan 'klik di sini jika tidak dapat membaca mesej' yang mengandungi pautan khusus.

Apabila mangsa menekan pautan itu, penggodam mendapat akses kepada maklumat senarai kenalan mangsa, termasuk alamat e-mel dan data peribadi.

Hantar secara automatik
Malah, klik di pautan itu akan menyebabkan e-mel sama dihantar kepada mangsa lain secara automatik, menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan atau spam ini.

Kakitangan swasta, Samad Rahim, 62, yang pernah menjadi mangsa penipuan internet berkata, mangsa dipercayai dipilih secara rawak.

"Beberapa hari lalu saya menerima e-mel daripada anak lelaki dengan mesej 'klik di sini jika tidak dapat membaca mesej'.

"Apabila saya klik, yang keluar hanya skrin kosong, Saya hanya menyedari ia spam apabila rakan menelefon dan bertanyakan kandungan e-mel yang saya hantar," katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, e-mel berkenaan dibuka oleh penerima kerana nama penghantar adalah kenalan terdekat dan ahli keluarga.

Maklumat sulit
Apa yang dibimbangkan, katanya, pelbagai maklumat sulit disimpan dalam e-mel seperti nombor pengesahan peribadi (PIN) akaun bank dan nombor kad pengenalan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan, turut menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi e-mel berkenaan.

"Rupanya satu klik itu sudah membuka ruang kepada penjenayah menggodam maklumat di telefon bimbit dan komputer peribadi saya.

"Ada rakan mendakwa mendapat e-mel yang kononnya dihantar oleh saya dan meminta mereka memasukkan kata laluan baharu, kononnya atas faktor keselamatan bagi mengelak maklumat digodam.

"Sebenarnya itu adalah perangkap mendapatkan data peribadi mangsa," katanya.

Sumber : Berita Harian (24/11/2014)
Oleh : Syalikha Sazili


Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Sunday, November 23, 2014


Kuala Lumpur - Harga minyak RON95 dijangka turun tiga sen kepada RM2.27 seliter bermula 1 Disember ini jika purata harga pasaran minyak mentah dunia berada sekitar AS$80 (RM268.40) hingga AS$85 (RM268.20) satu tong sepanjang November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi bertemu 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas perkara itu, berkata kerajaan dijangka mampu berjimat sehingga RM20 bilion setahun hasil pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal harga petrol.

Buat pengubahsuaian
Najib berkata, ketika harga minyak mentah dunia semakin menurun, kerajaan akan membuat pengubahsuaian dengan lebih cepat iaitu pada 1 haribulan setiap bulan mengikut pasaran dunia.

"Bayangkan jika kita boleh jimatkan RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun, kita boleh pindahkan subsidi yang dijimatkan itu ke dalam bentuk peruntukan kepada pembangunan sosioekonomi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Taman Ekspo Pertanian Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Luar bidang kuasa kerajaan
Katanya kerajaan tidak perlu dipersalahkan jika harga pasaran naik kerana rakyat perlu memahami bahawa kenaikan dan penurunan adalah di luar bidang kuasa mana-mana kerajaan sekali pun, kerana ia ditetapkan oleh pasaran dunia.

Menjelaskan langkah berkenaan, Abdul Wahid berkata, mengikut purata 19 hari pertama bulan ini, harga minyak berkurangan pada kadar AS$80 dan ia menurun secara berperingkat kepada AS$76 (RM255) pada 19 dan 20 November lalu.

"Mengambil kira perkembangan terkini penurunan harga minyak dunia, sudah sampai masanya kerajaan mengapungkan harga minyak mengikut konsep apungan terkawal, sebagaimana yang dilaksanakan pada minyak RON97 sejak tahun 2010.

"Sebelum keputusan untuk menghapuskan subsidi minyak dibuat, kerajaan telah memantau pendapat penganalisa dan peserta industri termasuk PETRONAS.

"Hasil pemantauan mendapati harga minyak dunia akan berada pada kadar AS$90 hingga AS$85 satu tong dalam dua tahun pertama akan datang," katanya.

Abdul Wahid berkata, harga pasaran dunia menunjukkan aliran menurun ketika ini disebabkan oleh unjuran pengeluaran yang bertambah dan permintaan stabil.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengemaskini akaun, membawa pulang pelaburan di Pulau Cayman dan mempercepatkan penyenaraian 1MDB Energy.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, sebahagian daripada tiga keperluan jangka pendek yang diharapkan daripada 1MDB sudah mula dilaksanakan.

"Saya berharap 1 MDB dapat mempercepatkan pengapungan segmen tenaganya (1MDB Energy) untuk mengurangkan beban hutang," katanya.

Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF...
Daftar SEKARANG secara PERCUMA 


===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel

MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
===================================================

#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Friday, November 21, 2014


Kuala Lumpur - Tune Hotels, rangkaian hotel bajet, menyasar untuk menggandakan jumlah pengunjung kepada lapan juta menjelang akhir tahun depan.

Sejak mula beroperasi pada 2007 hingga akhir Oktober lalu, jumlah pelanggannya sudah mencecah empat juta orang.

Sasaran itu selaras dengan rancangannya untuk menggandakan kapasiti penginapannya sebanyak sekali ganda berbanding hampir 4,000 bilik kini.

Pengarah Komersialnya, David Lusteaux, berkata cadangan untuk melipatgandakan kapasiti hotel itu adalah sebahagian daripada aktiviti penjenamaan semula yang mana turut membabitkan pengubahsuaian rekaan dalaman bilik hotel di setiap rangkaiannya.

Tarik golongan muda
Katanya, penjenamaan semula itu dilakukan bagi menarik lebih banyak pengunjung golongan muda yang lebih mengutamakan memetingkan penginapan murah tetapi pada masa yang sama mempunyai gaya sendiri.

"Aktiviti penjenamaan semula ini membabitkan pelaburan beberapa juta ringgit, yang mana ia akan dilakukan secara berperingkat membabitkan semua cawangan di seluruh dunia dalam tempoh lapan bulan.

"Selepas proses penjenamaan ini selesai, pengunjung kami akan menikmati rekaan bilik yang ringkas, moden dan menarik sesuai dengan trend hotel butik yang popular kini," katanya pada sambutan ulang tahun kelima Tune Hotels di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian (17 /11/2012)
Oleh : Aizuddin Sapian

Jom Sertai Tone Excel, Daftar PERCUMA di pautan di bawah :

===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel

MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
===================================================
Read More

Wednesday, November 19, 2014


Kuala Lumpur - Kerajaan memutuskan penangguhan kenaikan kadar tol bagi 20 lebuh raya di seluruh negara yang sepatutnya dinaikkan oleh syarikat konsesinya pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata berikutan penangguhan itu, semua syarikat konsesi yang terbabit akan menerima pampasan berjumlah RM558.69 juta secara berperingkat mulai tahun hadapan hingga 2016.

Peruntukan RM458 juta
"Peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya bagi bayaran pampasan adalah RM458 juta, manakala peruntukan tambahan bagi pampasan tol ini akan dipohon pada pertengahan tahun 2015.

"Bayaran dibuat berdasarkan pengiraan formula pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi masing-masing," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2015 peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya, semalam.

Rosnah berkata, jumlah sebenar pampasan tol akan ditentukan selepas Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menentukan jumlah aliran trafik setiap lebuh raya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan belum bercadang memuat naik dokumen perjanjian konsesi lebuh raya ke dalam sesawang kementerian itu.

"Sebahagian daripada perjanjian konsesi berkenaan sebenarnya boleh diakses di pustakaan Kementerian Kerja Raya dengan syarat-syarat tertentu.

Perlu persetujuan
"Persetujuan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pembinaan lebuh raya perlu diperoleh sebelum perjanjian itu didedahkan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) di Kelantan membabitkan jajaran Kuala Terengganu-Besut-Setiu-Kelantan akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.

Lebuh raya Pantai Timur mambabitkan tiga fasa dan hanya LPT3 yang belum bermula pembinaannya.

Rosnah berkata, berdasarkan laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia Fasa 1, LPT3 berpotensi dilaksanakan menggunakan kaedah penswastaan.

Senarai Lebuh Raya

  1. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  2. Lebuh Raya Penyuraian Trafik K Lumpur Barat (SPRINT)
  3. Lebuh Raya Baharu Pantai (NPE)
  4. Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  5. Terowong Jalan Raya & Pengurusan Air Banjir (SMART)
  6. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  7. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
  8. Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE)
  9. Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  10. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)
  11. Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
  12. Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE)
  13. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  14. Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  15. Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baharu (NNKSB)
  16. Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1)
  17. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  18. Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  19. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
  20. Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Sumber : Berita Harian (19/11/2014)
Oleh : Norakmah Mat Youb, M Hifzuddin Ikhsan & Petah Wazan Iskandar


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
Read More

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA