Saturday, January 25, 2014


Semalam (22/1/2014) komisyen topup telah dimasukkan kedalam bank untuk sesiapa yang layak. Semalam juga adalah hari Rabu, dimana malamnya akan diadakan presentation di HQ seperti biasa. Saya pula demam panas, memang rasa tak larat nak ke HQ, hanya makan ubat dan rehat atas katil. Tapi kat sebelah buka laptop dan tengok2 facebook. Bila komisyen dah masuk, walau pun lewat sehari, ramai yang post di FB beritahu komisyen dah bank in. Alhamdulillah, komisyen dah masuk, mesti sebentar lagi berdesup-desup rakan2 update Fb menyatakan kegembiraan komisyen dah masuk.

Oopsss, ia tak jadi kenyataan, mula2 satu, lepas tu dua, lepas tu tiga, lepas tu berdesup-desup rakan2 toneexcel update facebook mereka meluahkan rasa tak puas hati pasal komisyen kurang dari sepatutnya. Lepas tu, bertujai-tujai SMS saya terima bertanyakan perkara yang sama. HQ pun saya rasa menerima terlalu banyak panggilan talipon bertanyakan perkara tersebut, kerananya DEC sampai tak boleh nak buat kerja bertanyakan mengenai komisyen kenapa kurang. DEC pun jadi mangsa. Saya daripada demam terus hilang demam, lepas solat isyak, saya kata pada isteri saya, saya nak ke HQ. Isteri saya pening kepala, kata dia, larat ke?. Saya kata larat tak larat kena pegi, kerana dalam facebook sudah terlalu ramai yang kata bukan2 tentang ToneExcel. Ada sms yang saya terima dan tak sanggup saya nak baca, kata ToneExcel penipu, ada yang kata cepat lah bungkus kalau nak menipu dan macam2 lagi. Kalau orang baru sehari dua join toneexcel ini saya tak kesah sangat, tapi kalau mereka tu orang lama, saya kira dah melampaui batas. Kerana pada kebanyakkan orang, toneexcel ini hanyalah sumber pendapatan sampingan sahaja, tetapi bagi sebahagian lagi, ToneExcel ini merupakan asebab periuk nasi mereka. Tanya Rossane, tanya tuan hamka, tanya tuan slay, tanya sazali, tanya dan tanya dan tanya dan tanya X 200 000 orang yang lain..... mereka ini sangat sayang dan sangat menjaga nama toneexcel sebab mereka adalah ahli keluarga toneexcel. Jadi jika ada perkara yang begini berlaku mereka tidak pernah melatah, mereka sudah masak dengan prinsip toneexcel, yang mana toneexcel tidak sekali-kali akan menipu mereka, jauh sekali mendoakan toneexcel untuk melingkup. Saya sangat terguris dengan SMS yang saya terima tersebut.

Lebih kurang pukul 10 malam saya sampai ke HQ, hanya satu tujuan, saya pasti malam tadi ada orang yang datang dan akan menghentam HQ pasal komisyen ini, yang pasti HQ dengan kedudukannya sebagai HQ akan menjelaskan secara profesional kepada agen yang tak puas hati, tapi saya berbeza, saya pun agen macam orang lain juga, saya tak akan biarkan agen sendiri mengatakan perkara buruk dan kurang beradap terhadap kompany yang menjadi periuk nasi rakan2 kita yang lain. No way. Tapi, alhamdulillah, Founder kita Mr. Nelson telah pun meluangkan masa dengan beberapa orang leader untuk menjelaskan tentang perkara tersebut. Oleh itu disini saya terangkan mengapa berlakunya kekurang dalam pembayaran komisyen pada bulan ini.

Seperti yang rakan2 kita ketahui, bulan ini, Jan 2014, adalah bulan yang kali pertama kita membayar Bonus tahunan untuk tahun 2013. Jadi management merancang untuk bayar sekali komisyen topup dan bonus tahunan pada 21hb yang lalu. Tetapi apa yang berlaku, dua perkara baru terjadi serentak, pertama, transaction pada bulan Dec13 telah mencecah pada satu tahap yang belum pernah berlaku dalam sejarah toneexcel sebelum ini, jumlah kemasukkan ahli baru adalah 29,248 iaitu sudah hampir 30,000 sebulan. Jumlah ahli toneexcel sehingga kini adalah 255,000 iaitu suku juta ahli. Program seperti ini belum pernah dijalankan oleh mana2 kompany dalam dunia, program seperti ini belum ada mana2 programer dalam dunia buat programingnya, (saya sendiri programer dan saya sudah cuba bawa ramai programer untuk membantu, dalam dan luar negara, kesemuanya takut nak membantu). Jadi bila dua prosessing data dijalankan serentak menggunakan data base yang sama, dan ini kali pertama HQ buat kerana bonus tahunan adalah yang pertama, mana nak tahu, tiba2 sistem crash. Semua culculation tak keluar. No result, terpaksa buat satu-satu, dan dalam masa yang sama nak repair mana2 data yang terjejas. Rakan2, pada 21hb, Mr Nelson, directors dan kebanyakkan staff toneexcel balik rumah pagi kerana nak selesaikan perkara tersebut walau pun dah tahu pasti tak boleh nak selesaikan dalam masa yang suntuk.

Management buat keputusan yang pantas tuan,
1. Bayar komisyen topup berdasarkan pengiraan sistem yang dah tahu ada kesilapan. Bayar dahulu, kalau sepatutnya mereka dapat komisyen 100%, kalau run sistem boleh kira sampai 80% (contohnya), gunakan data tersebut untuk bayar, sebab toneexcel sudah menetapkan komisyen dibayar 21hb plus/minus 2 hari. Sebab Mr Nelson mahu yang agen mesti dapat duit dahulu, walau pun sudah tahu programing kira dalam serba kekurangan. (Crash - nak repair dan nak pakai bukan senang tuan). Jadi jalan apa yang ada sahaja dahulu, dan bayar komisyen pada agen. Sebab nak bayar komisyen lebih 200,000 orang dan berjuta transaction topup setiap hari, tak boleh pakai culculater, tak boleh pakai excel, tak boleh pakai sampoa.

2. Langkah kedua, sebelum CNY management akan run sistem untuk mengira dan membayar bonus tahunan.

3. Selepas selesai pembayaran bonus tahunan, management akan run sekali lagi untuk kira komisyen topup dan bayar kesemua kekurangan yang ada.

4. Management  ada beritahu saya, mana2 yang sudah terlebih bayar, tidak pernah ada dalam sejarah yang toneexcel minta balik atau tolak komisyen bulan seterusnya, maknanya toneexcel tanggung kerugian untuk setiap kesilapan yang berlaku, semata-mata nak bagi agen senang dan dapat komisyen yang lebih.

Jadi kesimpulannya, untuk lama dalam toneexcel ini, kita perlukan kesabaran, cuba saling faham memahami, dan jangan cepat melatah, ia tak baik untuk diri kita sendiri.

Kalau nak faham kesemua situasi diatas, cuba rakan2 bayangkan, sekiranya anda ada seorang anak yang duduk di sebuah kolej, tiap2 bulan anda bank in kan RM500 untuk dia, duit belanja tiap2 bulan. Pada satu bulan, tiba2 anda tak boleh keluar duit kerana perlu update buku lah katakan, sedangkan hari tersebut telah sampai hujung bulan untuk anda bank kan duit untuk anak. Jadi anda buat keputusan, bank in kan apa yang ada sahaja dahulu, takut anak tak makan nanti, takut anak susah nak belanja, nak bayar duit sewa rumah, anda bank in kan dulu RM300, bila dah update buku dan boleh keluar duit nanti, anda akan hantar balance RM200 kemudian. Apa perasaan anda sebagai bapa bila...

1. anak anda dapat RM300, dia terus talipon dan tanya " kenapa bapak bagi RM300 aje, bukan ke bapak tahu bapak kena bagi RM500 tiap2 bulan?"

2. anak dapat RM300, dia terus reply SMS, terima kasih abah kerana beri saya duit. Dia tak tanya pun kenapa short bagi bulan ni.

3. anak dapat RM300, dia terus call bapa dia, "Abah ada masalah kewangan ke? kalau ada abah tak perlu bagi RM300 ni dulu, saya pulangkan bagi abah balik pun tak apa, saya masih ada baki duit yang abah bagi bulan lepas, saya tak mahu abah susah"

Kalau andalah anak tersebut, pilih category anak yang mana anda ingin jadi, kita boleh pilih tindakkan, tetapi kita tidak boleh memilih hasil dari tindakkan tersebut.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

# PS : Ini adalah penjelasan kepada mereka-mereka yg bertanyakan, mengapa komisen yang diterima berkurang....harap semua bersabar yer.....

Jom join TuneTalk - ToneExcel, hubungi saya iaitu 0111 - 864 8262

Maklumat lanjut di http://bit.ly/1cz9IAe


***************************************************************************************************************

Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah: 
www.mudah123.com/?ref=3505
ATAU


Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila ke laman berikut: 

Salam Usahawan 

Ikhlas Daripada : 

Azhar 0111 - 864 8262

4 comments:

  1. Terima Kasih Tuan.Walaupun saya baru sebulan saja dengan TTTE,tapi saya amat yakin dengan syarikat ini,Thank so much.Lembaran baru dlm hidup saya yg baru nak berjinak dgn biz..Terima Kasih Mazlan Abas

    ReplyDelete
  2. napa melayu tak nak buak bisness yang betul..jual produk orang makan komisen..jadi owner sendiri..ini bukan masalah duit ke tak..ni masalah equity bumiputra..

    ReplyDelete
  3. Rasanya bisnes ni betul aje.. Ada yang tak betul ke tn angah acca? Ramai aje yg jual produk sendiri dikalangan melayu.. Usah kita terlalu bersikap perkauman yg penting kita bantu sesama kita untuk tingkatkan ekonomi org melayu.. banyak manfaat dan kelebihan pakai tune talk prepaid ni.. Kena banyak baca dan buat research

    ReplyDelete

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA