Thursday, April 24, 2014

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggesa rakyat Malaysia membuat kerja sampingan bagi membantu mereka menangani kadar hutang isi rumah yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Koid Swee Lian (gambar) berkata bagi mereka yang berada dalam bidang perguruan contohnya, boleh mengadakan kelas tambahan untuk menambah pendapatan.

Jana pendapatn lain
"Guru boleh menambah pendapatan dengan mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar pada sebelah petang. Dengan berbuat demikian, mereka boleh membantu pasangan mereka menangani hutang isi rumah dan kos sara hidup yang meningkat.

"Saya juga menggesa pihak yang mencari nafkah untuk keluarga berkongsi masalah kewangan mereka dengan anggota keluarga supaya mereka boleh diingatkan tidak boleh berbelanja,"katanya selepas mengumumkan pemenang pertandingan Visa Financial Football Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadiah utama pertandingan itu ialah kunjungan ke Piala Dunia FIFA di Brazil.

Koid berkata, setiap orang mesti mempunyai perancangan kewangan yang baik dan turut menggesa menyimpan untuk kecemasan dan hari persaraan.

Beliau berkata, AKPK menerima pelanggan yang mempunyai masalah kewangan setiap hari yang tidak mengetahui mengenai aliran tunai mereka, berbelanja lebih dan hidup di luar kemampuan.


# Sumber Daripada Berita Harian (24/04/2014)

**********************************************************


Jika ingin menambah pendapatan
Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah: 
ATAU

Salam Usahawan 

Ikhlas Daripada : 

Azhar 0111 - 864 8262

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA