Thursday, July 7, 2016


"BorderPass bakal perkenal perkakasan mudah prosedur imigresen"

Petaling Jaya : BorderPass komited untuk memperkenalkan perkakasan serta peranti yang akan memudahkan proses dan prosedur imigresen untuk ke luar negara khususnya membabitkan penerbangan ke negara ASEAN.

Syarikat pemula berkenaan akan melancarkan kios berkenaan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum meluaskannya di lapangan terbang utama yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faisal Ariff berkata, inisiatif berkenaan sebenarnya akan memendekkan masa menunggu sementara menanti proses pengesahan di kaunter imigresen setiap kali ingin melangkah ke luar negara.

Beliau berkata, idea untuk melaksanakan inisiatif berkenaan kerana pernah melalui pengalaman menunggu hampir satu jam di lapangan terbang ketika melalui proses di kaunter imigresen.

“Lebih mengujakan apabila saya sering mengembara ke luar negara beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan saya terfikir untuk mewujudkan satu mediumm penyelesaian bagi memudahkan mereka yang ingin ke luar negara.

“Meskipun ia akan memudahkan, mungkin timbul persoalan mengenai isu keselamatan. Oleh itu, BorderPass sendiri sebenarnya dibangunkan dengan pelbagai kelebihan keselamatan khususnya mengenai data-data yang diberikan,” katanya dalam sesi temu bual di sini, semalam.

Melalui BorderPass, pelancong hanya perlu memberikan maklumat terlebih dahulu sebelum penerbangan dan ia dijamin mempercepatkan proses manual lain yang perlu dilalui.

Pengguna boleh mula mendaftar di portal BorderPass yang dijangka Siap menjelang akhir tahun. Bergantung kepada destinasi pengguna, mereka akan diberikan borang imigresen secara dalam talian untuk diisi.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh BorderPass, sebanyak 81 peratus pelancong sanggup untuk memberikan maklumat lebih awal bagi membolehkan urusan dan prosedur di lapangan terbang menjadi lebih cepat, manakala 71 peratus menunjukkan kesanggupan membayar sekurang-kurangnya AS$10 untuk kemudahan berkenaan.

Sementara itu, kejayaan menggungguli tempat pertama pada satu majlis berprestij, Anugerah Usahawan Pemula Asia (EAA) 2016 di Tokyo, Jepun baru-baru ini meletakkan BorderPass sebagai syarikat pemula yang cekap dan memberi impak kepada orang awam.

Sumber : Harian Metro (7 Julai 2016)
Tulisan : Nabil Basaruddin


Dulu Tone Excel kini ONEXOX,  Jom Sertai kami
JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG 
 --> http://goo.gl/kncZaq

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA