Monday, February 15, 2016


Kuala Lumpur: Tune Talk, Operator Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terpantas di Malaysia mengumumkan pemilihan Flytxt, penyedia rumusan analitik pelanggan mudah alih terkemuka untuk syarikat telekomunikasi dan syarikat enterpris mudah alih sebagai Pengurusan Nilai Pelanggan.

Melalui pemilihan itu, Flytxt akan menawarkan rumusan Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM) kepada Tune Talk untuk menambah baik nilai pusingan hayat pelanggan menerusi pembabitan kontektual dalam masa nyata serta berperibadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo berkata, pihaknya akan sentiasa menumpukan kepada matlamat mencipta pengalaman peribadi yang unik kepada semua pelanggan.

“Memandangkan sudah beroperasi selama enam tahun dalam perniagaan sudah sampai masanya untuk mengatur langkah lebih jauh bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejajar dengan kehendak pelanggan ketika ini dan dengan secara proaktifnya mengekalkan prestasi kumpulan dalam kalangan pesaing. “

Kerjasama Tune Talk dengan Flytxt akan membolehkan kami memahami pelanggan dengan lebih baik, sekali gus menyediakan perkhidmatan sesuai dan ditawarkan pada kadar secara serta-merta, memenuhi kehendak dan sikap kepenggunaan serta keperluan kontektual mereka,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Jualan Global Flytxt, Hetarth Patel berkata, kerjasama terbabit dijangka menjana impak ekonomi lebih daripada lima peratus dari bulan ke bulan selain menandakan perluasan pasaran produk syarikat ke rantau Asia Tenggara dalam usaha menyediakan pembabitan berasaskan nilai kepada pelanggan.

Sumber : Harian Metro (15 Febuari 2016)


Dulu Tone Excel kini ONEXOX,  Jom Sertai kami
JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG 
 --> http://goo.gl/kncZaq

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA