Wednesday, December 3, 2014


Melaka - Akibat mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula dan kicap di pasar raya, ibu enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak, di sini, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam barangan iaitu dua bungkus susu formula dutch Baby Step 1, dua botol kicap cap Kipas Udang, empat pensel mekanikal jenama Pilot dan masing-masing satu serbuk minuman campuran Super Power Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.

Tertuduh didakwa mencuri barangan bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant di Jalan Tun Fatimah Bachang, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 26  November lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada masa kejadian, pengawal keselamatan mengesyaki tertuduh mengambil barangan tanpa membuat bayaran sebelum menahan tertuduh yang mahu keluar dari pasar raya itu.

Hasil pemeriksaan mendapati semua barangan yang diletakkan di dalam beg tangan berwarna putih tidak dibayar di kaunter sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ketika rayuan memohon hukuman ringan dengan alasan tindakan itu dilakukan disebabkan desakan hidup.

"Tertuduh yang tidak bekerja mempunyai enam anak hasil dua perkahwinan, malah seorang daripadanya menghidap penyakit jantung berlubang dan perlu mendapatkan rawatan bulanan di hospital.

"Suami tertuduh adalah pekerja kilang dengan pendapatan RM900 sebulan. Dalam kes ini semua barang dicuri tertuduh adalah barangan asas isi rumah dan ia dikembalikan kepada pasar raya berkenaan, saya pohon hukuman ringan diberikan kepada tertuduh," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak, yang mengendalikan kes memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Norina memerintahkan tertuduh dipenjara enam hari bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 November lalu dan didenda RM300.

Sumber : Harian Metro (03/12/2014)
Oleh : Yusmawati Mhd Yusof

Tone Excel Memberikan Insuran Bernilai RM100,00... KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA