Wednesday, December 3, 2014


Kuala Lumpur - Pelakon veteran, Kathy Fauziah disaman polis kerana memandu kereta menggunakan plat nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kathy Fauziah, 60, atau nama sebenarnya, Fauziah Khatijah Musa disaman ketika sedang dalam perjalanan ke Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar, di sini semalam.

Kathy disaman ketika melalui Lebuh Raya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), kira-kira 2.17 petang.

Ibu kepada pelakon, Shaheizy Sam berkata, beliau memandu kereta jenis Audi A5 yang dihadiahkan Sam, dua bulan lalu dengan nombor pendaftaran MCM 1774.

Kathy berkata, beliau disaman berikutan plat nombor pendaftaran keretanya disusun rapat sehingga menampakkan perkataan 'MOMMY' jika dilihat dari jauh.

Akur dengan kesalahan
"Selepas ini, mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini.

"Sebagai artis, kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

"Tiada hak keistimewaan kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang.

"Mummy akan minta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat mummy kepada golongan seni, seapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi," katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam.

Menyentuh mengenai kereta yang dihadiahkan Sam itu, Kathy berkata, ia adalah pemberian istimewa anaknya itu selepas tertarik dengan reka bentuk kereta berkenaan.


Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA