Wednesday, December 3, 2014


Kota Bharu - Pakar pembedahan plastik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bersedia melakukan pembedahan plastik mangsa rompakan yang wajahnya ditoreh penjenayah pada Ahad lalu.

Pembedahan pipi kiri Nur Shafiqa Lah, 22, akan dilakukan pakar rekonstruktif yang memiliki kepakaran menangani kes kerosakan wajah, termasuk akibat kemalangan atau kes lain.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata beliau perlu meneliti dahulu kes itu dan berbincang dengan kumpulan pakar HUSM.

"Perbincangan perlu bagi memastikan tahap kecederaan wajah mangsa. Namun, kebiasannya bagi kes kerosakan wajah hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa dua hingga tiga jam dengan kos paling minimum.

Taja kos pembedahan
"Kita boleh menjana kosnya bergantung kepada keadaan keluarga mangsa. Jika keluarga tidak mampu, kami akan rujuk kepada unit Jabatan Kebajikan HUSM yang biasanya ada peruntukan menaja kes seumpama itu dan saya akan pastikan mangsa mendapat pembelaan," katanya.

Dalam kejadian itu, Nur Shafiqa, ditoreh dengan pisau di pipi kirinya oleh aseorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, pada jam 2 petang.

Ibunya, Hat Tema Mat Zain, 58, ditumbuk di bahu, manakala adiknya, Nur Shafatini bersembunyi dalam sebuah bilik ketika kejadian.

Sur Shafiqa yang pipinya ditoreh sepanjang kira-kira lima sentimeter kini dirawat di HUSM.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan, Mohd Rosli Ismail, berkata pihaknya menubuhkan tabung bagi membantu meringankan kos rawatan Nur Shafiqa.

Nasib Nur Shafiqa juga mendapat perhatian bekas Ketua UMNO Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Md Nor yang mahu membantu gadis terbabit.

"Saya akan membantu sekadar yang boleh dan meminta rakan lain ikut sama membantu," katanya.


Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA