Wednesday, December 3, 2014


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyediakan secara ringkas cara pengiraan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) untuk penetapan harga runcit petrol kepada umum menerusi laman webnya dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, APM diguna pakai kerajaan sejak 1983 bagi penetapan harga runcit bahan api negara.

Katanya, pengiraan terbabit agak teknikal dan orang ramai tidak boleh terus membuat penilaian berdasarkan apa yang didengar kerana formula itu tidak mengambil kira berdasarkan harga minyak mentah dunia.

"Kami cuba mengeluarkan cara pengiraan yang lebih ringkas untuk difahami rakyat kerana ia agak teknikal yang mana membabitkan alfa, cukai, subsidi, kos pengeluaran dan berdasarkan harga minyak bersih.

"Kami mahu memberi yang terbaik dan kerajaan juga melakukan kajian kaedah Pengapungan Terkawal bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada penurunan harga minyak mentah dunia," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di pasaraya AEON Setiawangsa, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi AEON Company (M) Bhd, Datuk Abdullah Mohd Yusof. Hasan berkata, mengenai kehabisan petrol RON97 di kebanyakan stesen minyak seluruh negara bukan berpunya daripada tindakan pengusaha menyorokkan minyak, tetapi kerana permintaan melebihi bekalan sedia ada dan pengusaha menunggu bekalan baru sampai.

Beliau berkata, bagaimanapun harga RON95 dan diesel disemak setiap bulan, apabila purata kos produk petroleum sebulan pada bulan sebelumnya dijadikan rujukan dalam menentukan harga pada bulan berikutnya.

Sementara itu, Hasan berkata, mengenai kempen terbabit pihaknya meluluskan penandaan logo buatan Malaysia bagi 3,383 produk  membabitkan 212 syarikat sehingga November 2014.

"Kempen Beli Barangan Malaysia ini dilihat berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pengguna tempatan di samping membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran bukan sahaja dalam negara, malah ke peringkat antarabangsa kerana sejak kempen ini diperkenalkan pada 2009, kebanyakan produk dihasilkan turut menembusi pasaran global.

"Kementerian mengalu-alukan pengusaha mendapatkan penandaan logo ini kerana selain perlu melalui standard pematuhan piawaian sedia ada, ia juga sebagai pengiktirafan produk yang dihasilkan di Malaysia," katanya.

Sumber : Harian Metro (03/12/2014)
Oleh : Sri Ayu Kartika Amri

Tone Excel Memberikan Insuran Bernilai RM100,00... KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA