Tuesday, December 2, 2014


Kuala Lumpur - "Saya terkejut apabila serpihan alat pendingin hawa kereta itu jatuh di atas riba disusuli letupan dan percikan api pada hadapan kereta berkenaan."

Itu kata wanita mahu dikenali sebagai Azizah, 40, mengenai kemalangan menyebabkan pemandu kereta mewah moden Aston Martin DB9 bernilai RM2 juta terbunuh pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di Kilometer 18, Lebuhraya Pantai Baru  (NPE) berhampiran Taman Maju Jaya, di sini dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan, Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, cuba mengelak motorsikal ditunggang melawan arus di lorong paling kanan.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak keluar dari keretanya yang terputus dua selepas merempuh besi pembahagi jalan dan tiang jejambat.

Azlina berkata, kejadian berlaku pantas selepas mendengar bunyi brek disusuli dentuman beberapa kali.

"Anak saya di sebelah memberitahu sebuah kereta di belakang berpusing beberapa kali dan menuju ke arah kereta kami.

"Namun, belum sempat dia meminta saya memecut, tiba-tiba serpihan kereta itu jatuh menimpa kereta saya.

"Ketika serpihan alat pendingin hawa kereta berkenaan terjatuh di atas riba, saya segera menekan brek memberhentikan kereta akibat sakit pada kedua-dua belah mata kerana terkena serpihan kaca cermin hadapan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku dia dalam perjalanan pulang ke Taman Medan selepas mengambil anaknya di sekolah di Kampung Baru, dekat sini.

Azlina berkata, dia dan anaknya keluar melihat kereta terbabit dan terkejut kereta mewah itu hancur berkecai manakala belakang kereta melekat pada tiang jejambat terbakar.

"Serpihan kereta itu bertaburan di atas jalan, malah ada yang melekat pada besi pembahagi jalan. Lebih menyedihkan, pemandu kereta itu seorang lelaki tercampak keluar dari keretanya dan tertiarap di lorong keempat," katanya yang masih trauma.

Bagaimanapun, Azlina bersyukur dia dan anaknya terselamat dan hanya cedera pada mata dan muka.

Sementara itu, bapa Muhammad Sirajullah yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) enggan ditemubual kerana msih terkejut kejadian yang menimpa anak lelakinya yang memiliki perniagaan kereta mewah terpakai.

"Saya baru tahu kejadian itu dan diminta datang ke sini (PPUM) untuk proses tuntutan jenazah. Saya masih terkejut dengan semua ini (kemalangan), harap anda paham dengan kesukaran ini," katanya yang ditemani seorang saudara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro (02/12/2014)
Oleh : Asmah Rusman

Tone Excel Memberikan Insuran Bernilai RM100,00... KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA