Saturday, November 29, 2014


Kuala Lumpur - "Saya tak tahu lagi apa yang dia nak supaya perkahwinan kami dapat diselamatkan," kata ahli perniagaan bertaraf jutawan yang membelanjakan lebih RM30 juta untuk isterinya, namun wanita itu masih mengabaikan tanggungjawab, malah turut curang.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ahmed, 43, berkata, biarpun isterinya yang dinikahi 14 tahun lalu itu kerap menimbulkan masalah sejak awal perkahwinan lagi dia masih cuba mengekalkan rumah tangga mereka kerana mahu mentaati pesan ibunya.

"Ibu saya berpesan, kalau berkahwin biarlah sekali. Biar apapun berlaku, elakkan bercerai. Itulah yang cuba saya lakukan sekarang," katanya yang ditemui di pejabat peguam di sini, kelmarin.

Dia yang berasal dari Bangladesh tetapi sudah lebih hampir 30 tahun tinggal di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap (PR) ditemui ketika mendapatkan khidmat nasihat undang-undang untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Mengimbas kisah hidupnya, Ahmed berkata, dia berkenalan dengan isterinya yang kini berusia 40-an ketika wanita itu datang meminta kerja di pejabatnya 14 tahun lalu.

"Waktu itu, hidupnya susah dan dia juga mengaku hidupnya agar liar kerana sering bersosial serta pernah bekerja di pusat hiburan. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dan ada tiga anak.

"Selepas diambil bekerja, dia mula bercakap soal rumah tangga dan meminta saya mengambilnya sebagai isteri dan saya bersetuju menerimanya dengan syarat dia mesti mentaati saya sebagai suami dan meninggalkan segala kisah silamnya," katanya.

Ahmed berkata, beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga, isterinya mula meminta dibelikan kereta serta rumah dan dia memenuhi permintaan itu dengan membeli sebuah kediaman di pinggiran ibu negara selain kereta bernilai RM300,000.

Malah, Ahmad turut menyediakan peruntukan khas bagi membeli petrol untuk isterinya dan sejak itu, isterinya mula panjang langkah dan sering mengambil kesempatan bersama lelaki lain menggunakan kemudahan yang ada.

"Perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak berusia sembilan dan 11 tahun, namun dia langsung tidak pernah mengambil tahu hal mereka.

"Yang dia tahu setiap minggu dai keluarkan wang syarikat dan pergi keluar negara bersama lelaki lain. Sudah beberapa kali saya terserempak dengan dia, malah dia menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi popular era 80-an," katanya.

Ahmed berkata, hubungan terlarang isterinya dengan lelaki lain diketahuinya apabila mereka bertemu di balai polis ketika membuat laporan dan wanita itu turut mengaku ada hubungan sulit dan saling menyintai antara satu sama lain.

Menurutnya, kerana hanyut dengan kemewahan yang ada isterinya turut mengabaikan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya yang kini berusia 15 hingga 22 tahun.

"Biarpun saya sudah berikan kemewahan, dia seperti belum puas kerana sanggup menipu dan menggelapkan wang syarikat menguruskan pekerja asing milik saya lebih RM500,000 menyebabkan saya menanggung kerugian," katanya.

Ahmed yang menjalankan perniagaan jual beli hartanah, menguruskan kemasukan pekerja asing, kedai runcit dan kontraktor pembinaan berkata, kini sudah hampir dua minggu isterinya meninggalkannya dan tinggal bersama teman lelakinya.

"Saya benar-benar buntu dan bingung memikirkan masa depan rumah tangga kami. Kalau boleh saya tidak mahu berpisah. Bab harta, tidak menjadi soal kerana rumah, kereta, kedai dan tanah yang saya letakkan namanya sebagai pemilik pun disebabkan rasa sayang.

"saya cuma mahu dia insaf dengan segala perbuatannya kerana dia bukannya muda lagi. Saya berdoa supaya kesudahan yang baik menanti keluarga saya selepas ini. Saya akan berbincang dengan peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat," katanya.

Sumber : Harian Metro (29/11/2014)
Oleh : Suraya Roslan & Yusmizal Dolah Aling


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF... 
Daftar SEKARANG secara PERCUMA

 =================================================== 

JBP ~ Sahabat Emas Anda 
Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
Kod Agen : JBP009 / 02 

AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 

=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA