Kuala Lumpur - Di rumah dia suami dan ayah yang sempurna, namun di luar rumah dia sebenarnya lelaki jijik apabila sanggup menggadai maruah dengan menjadi lelaki simpanan untuk memuaskan nafsu wanita kaya yang kesunyian.
Itu kehidupan penuh pura-pura seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Iskandar, 28, dengan alasan untuk menambahkan pendapatan bagi menampung keluarga kerana gajinya sebagai kerani tidak mencukupi.
Bagaimanapun, kemewahan yang dikecapinya hanya smeentara apabila perbuatan itu dihidu isteri sendiri yang membuat intipan selepas curiga dengan tindak-tanduknya yang berbeza.
Menceritakan kisah hitamnya, Iskandar berkata, dia sendiri tidak pernah menduga dirinya kan terjebak dengan perbuatan hina itu, namun mengaku hilang kewarasan selepas gelap mata dengan kemewahan yang diperolehi dengan mudah.
Katanya, dia berkahwin dua tahun lalu atas dasar cinta dan bersyukur isteri mahu dikenali sebagai Anis menerimanya walaupun hanya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di sini.
Pada mulanya perkahwinan mereka bahagia tetapi sejak isterinya melahirkan anak kehidupan mereka mula berubah dan dihimpit masalah kewangan.
"Saya ketika itu buntu untuk menambah pendapatan kerana isteri saya tidak bekerja, sedangkan kos sara hidup kami bertambah kerana perlu membesarkan anak lelaki yang masih kecil.
"Wang gaji yang tidak seberapa sering tidak mencukupi hingga kadangkala terpaksa meminjam kepada rakan-rakan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang, dekat sini.
Iskandar berkata, dia tidak membenarkan isteri bekerja walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk bekerja bagi menambahkan pendapatan supaya anak mendapat penjagaan sempurna.
Titik hitam dalam kehidupan lelaki itu bermula ketika dia berjumpa dengan rakan lama untuk meminjam wang kira-kira enam bulan lalu.
"Saya ketika itu agak hairan bagaimana dia muncul dengan gaya macam orang kaya apabila memakai pakaian berjenama dan kereta mewah sedangkan saya tahu dia tidak berpelajaran tinggi.
"Dia kemudian membuka cerita dirinya dibela seorang Datin dan ditawarkan wang banyak dengansyarat hanya perlu melayan kehendak nafsu wanita itu. Dia kemudian mengajak saya bersama-sama melakukan 'pekerjaan' itu jika inginkan wang yang banyak," katanya.
Iskandar pada mulanya menolak kerana tidak mahu bergelumang dengan dosa tambahan dengan memikirkan isteri dan anaknya, namun rakanya bersungguh-sungguh memujuk kerana hanya cara itu dapat menyelesaikan kemelut kewangan dihadapinya.
"Dia juga memberitahu ada seorang ahli perniagaan wanita berusia 40-an yang baru kematian suami dan sedang mencari 'anak ikan' atau teman untuk memuaskan nafsunya.
"Akibat terdesak, saya akhirnya bersetuju untuk mencuba dan sejak itulah saya terjebak dalam perbuatan terkutuk itu. Kali pertama bertemu dan melayan kehendak wanita bergelar Datuk itu saya diberi RM5,000," katanya.
Menurutnya, bayaran lumayan itu membuatkan dia rambang mata dan tamak, lalu sering mengulangi perbuatan terkutuk dengan Datuk yang membelanya.
Apabila isterinya bertanya daripada mana mendapat wang, dia terpaksa berbohong kononnya menjadi rakan kongsi kenalannya dan mereka baru membuka perniagaan.
"Pada mulanya isteri saya tidak mengesyaki apa-apa, namun dia mula sangsi kerana saya sering keluar malam kononya ingin berjumpa dengan pelanggan atas urusan [erniagaan.
"Akhirnya tembelang saya terbongkar, selepas dia mengekori tanpa pengetahuan dan berjaya menemui saya di dalam bilik hotel bersama 'sugar mummy' saya, menyebabkan dia kecewa dan meminta cerai,' katanya.
Selepas kejadian itu, kata Iskandar, Datuk yang menjadi 'sugar mummy' turut kecewa apabila tahu dia sudah berkahwin, lantas meninggalkannya.
"Saya kini sedar kesilapan saya kerana tamak dan ingin kemewahan sanggup menduakan isteri menyebabkan rumah tangga kami musnah," katanya.
Sumber : Harian Metro (24/11/2014)
Oleh : Muhaamad Hafis Nawawi
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF...
Daftar SEKARANG secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment