Sunday, November 23, 2014


Kuala Lumpur - Harga minyak RON95 dijangka turun tiga sen kepada RM2.27 seliter bermula 1 Disember ini jika purata harga pasaran minyak mentah dunia berada sekitar AS$80 (RM268.40) hingga AS$85 (RM268.20) satu tong sepanjang November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi bertemu 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas perkara itu, berkata kerajaan dijangka mampu berjimat sehingga RM20 bilion setahun hasil pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal harga petrol.

Buat pengubahsuaian
Najib berkata, ketika harga minyak mentah dunia semakin menurun, kerajaan akan membuat pengubahsuaian dengan lebih cepat iaitu pada 1 haribulan setiap bulan mengikut pasaran dunia.

"Bayangkan jika kita boleh jimatkan RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun, kita boleh pindahkan subsidi yang dijimatkan itu ke dalam bentuk peruntukan kepada pembangunan sosioekonomi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Taman Ekspo Pertanian Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Luar bidang kuasa kerajaan
Katanya kerajaan tidak perlu dipersalahkan jika harga pasaran naik kerana rakyat perlu memahami bahawa kenaikan dan penurunan adalah di luar bidang kuasa mana-mana kerajaan sekali pun, kerana ia ditetapkan oleh pasaran dunia.

Menjelaskan langkah berkenaan, Abdul Wahid berkata, mengikut purata 19 hari pertama bulan ini, harga minyak berkurangan pada kadar AS$80 dan ia menurun secara berperingkat kepada AS$76 (RM255) pada 19 dan 20 November lalu.

"Mengambil kira perkembangan terkini penurunan harga minyak dunia, sudah sampai masanya kerajaan mengapungkan harga minyak mengikut konsep apungan terkawal, sebagaimana yang dilaksanakan pada minyak RON97 sejak tahun 2010.

"Sebelum keputusan untuk menghapuskan subsidi minyak dibuat, kerajaan telah memantau pendapat penganalisa dan peserta industri termasuk PETRONAS.

"Hasil pemantauan mendapati harga minyak dunia akan berada pada kadar AS$90 hingga AS$85 satu tong dalam dua tahun pertama akan datang," katanya.

Abdul Wahid berkata, harga pasaran dunia menunjukkan aliran menurun ketika ini disebabkan oleh unjuran pengeluaran yang bertambah dan permintaan stabil.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengemaskini akaun, membawa pulang pelaburan di Pulau Cayman dan mempercepatkan penyenaraian 1MDB Energy.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, sebahagian daripada tiga keperluan jangka pendek yang diharapkan daripada 1MDB sudah mula dilaksanakan.

"Saya berharap 1 MDB dapat mempercepatkan pengapungan segmen tenaganya (1MDB Energy) untuk mengurangkan beban hutang," katanya.

Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan PASIF...
Daftar SEKARANG secara PERCUMA 


===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel

MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
===================================================

#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search Our Site

Jom Sertai Komuniti ToneExcel - Jana Wang Guna Telefon Bimbit
×
bloggerDaftar PERCUMA